Pages

Tuesday, May 26, 2009

Galeri Gambar Jom Masuk Hutan Taman Negara Pulau Pinang




Kita Hanya Mampu Merancang...Tetapi Tuhan Yang Menentukan...itulah kata-kata hikmah yang disisip ke hati ajk kkds yang terlibat dalam menjayakan aktiviti JoM Masuk Hutan Taman Negara Pulau Pinang. Penyertaan pada mulanya adalah seramai 41 orang, berkurangan kerana ramai yang terpaksa menarik diri di saat-saat akhir kerana memenuhi tuntutan tugas.

Walau bagaimanapun..aktiviti dijalankan juga dengan penyertaan ahli seramai lebih 30 orang. Rata-rata ahli yang menyertai aktiviti menyatakan terhibur dan enjoy dengan panorama Taman Negara Pulau Pinang. Jadi Pada sesiapa yang tidak berpeluang menyertai...RUGI TAU...

Thursday, April 16, 2009

Jom Masuk Hutan



16 May 2009

0715 -0730
Berkumpul di depan Eureka USM

0730
Menaiki bas USM ke Taman Negara, Teluk Bahang

0830 -0900
- Beg pakaian setiap peserta diserahkan kepada pengusaha bot
- Berkumpul di pintu masuk Taman Negara PP
- Pemberian sarapan pagi (sandwich/buah/air mineral)
- Taklimat oleh pemandu pelancong
- Stretching

0900 -1130
- Trek ke Pantai Kerachut
- Melawat dan meneroka Tasik Meromiktik
- Melawat ke santuari penyu

1130-1200
Menaiki bot & menyusur persisiran pantai Muka Head & Teluk Duyung (Monkey Beach) dan terus ke USM CEMACS

1230 - 1330
Makan Tengahari

1330 - 1730
- Check-in penginapan & urus diri & bersantai/free & easy

1730 - 1800
Minum petang

2030
BBQ dinner

17 May 2009

0600
Solat subuh berjemaah (tempat: Surau)

0800 – 1000
Senamrobik & games (takraw/bola tampar)

1000-1045
Sarapan pagi

1130
Check out dan memulakan perjalanan pulang melalui jalan darat ke Teluk Bahang (beg pakaian diserahkan kpd pengusaha bot utk dibawa ke Teluk Bahang)

1215
Menaiki bas untuk kembali ke USM


*KKDS PTPM akan membiayai keseluruhan kos pakej
* Untuk aktiviti ini sehelai t-shirt disediakan dan ahli perlu membayar RM6 ( kos selebihnya akan ditanggung oleh KKDS)
*Ahli yang tidak dapat menyertai aktiviti ini boleh juga menempah t-shirt dengan bayaran RM6 juga

Selamat Menyertai!

Thursday, February 19, 2009

Love Begins With Me

Salam/Selamat Sejahtera,
Bagi mengeratkan kasih sayang diantara para pekerja satu ceramah motivasi akan diadakan sekaligus melancarkan blog KKDS yang akan dirasmikan oleh Penasihat KKDS . Berikut merupakan maklumat berkaitan ceramah tersebut:

Tarikh: 3 April 2009
Tempat: Bilik Seminar PTPM
Waktu: 9:00 a.m - 11:30 a.m
Penceramah: Dr. Balakrishan Muniandy

Diharap semua ahli menghadirkan diri untuk turut serta dalam ceramah ini.
Terima Kasih

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh para peserta dan juga penceramah kita pada hari itu. Buat pengetahuan majlis berkenaan bukan sahaja untuk ceramah dan majlis perasmian blog kkds tetapi juga adalah untuk majlis jamuan perpisahan pada kakitangan ptpm yang telah lama berkhidmat di sini iaitu En Adly dan Puan Rohana.

Pada mulanya pihak kkds ingin majlis berkenaan nampak seperti 'surprise' kepada mereka berdua tetapi taktik itu nampaknya tak berjaya..hehhe..apa-apa pun pihak kkds dan seluruh kakitangan ptpm mengucapkan salam perpisahan pada mereka berdua. Terimalah serangkap pantun dari kami.

Salam Kasih Dijunjung,
Salam Hormat, Disanjung,
Salam Sayang, Dihimpun,
Salam Perpisahan, Dimohon


Yang Diraikan:-


Puan Rohana Mas'od




En Ridzalwan Selaku Mc


Yb Hj Shamsuri Sebagai Pembaca Doa


Dr. Balakrishnan Muniandy Sebagai Penyampai Ceramah Love Begin With Me


Pelancaran Blog KKDS PTPM oleh Prof. Madya Dr Rozinah Jamaludin

Kata-kata hikmat yang dipetik dari ceramah Dr Balakrishnan:-
  • Sayangilah seseorang tanpa mengharapkan balasan
  • Cinta ada permulaan dan pengakhiran tetapi sayang adalah sebaliknya
  • Sayang merupakan kuasa yang paling hebat di dunia
  • Kita tidak boleh mengubah dunia..tetapi dengan mengubah diri sendiri dunia akan turut berubah

Thursday, February 12, 2009

Aktiviti Bagi Bulan Februari

Bagi menyahut konsep Kampus Sejahtera Universiti Sains Malaysia yang menekankan gaya hidup sihat, kelab KKDS akan mengadakan aktiviti Pelatis bersama En George pada 20 februari 2009 bertempat di Perpustakaan Media PTPM. Semua ahli yang berminat diingatkan untuk membawa bersama tikar/ tuala panjang serta berpakaian sukan. Jadi dengan itu marilah kita bersama sama memeriahkan aktiviti ini. Kebaikan dikongsi bersama!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pilates sila ke klik di bawah:-




**Air Mineral Dan Bubur nasi disediakan pada ahli yang yang menghadiri aktiviti, Harap Maklum..