Pages

Monday, April 13, 2015

Penjualan DVD bagi Majlis Konvokesyen USM ke-51

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen USM yang ke-51 akan berlangsung pada 25 April 2015.

Oleh itu, kepada semua graduan USM yang akan berkonvo pada hari tersebut,


MILIKI DVD KONVOKESYEN ANDA!!


Booth penjualan DVD KONVO akan dibuka pada 23 APRIL 2015 di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) Kampus Induk USM.

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!

Sesungguhnya kenangan ini bukan hanya dikongsi sekadar memori, tetapi seharusnya dikongsi bersama keluarga dan sahabat yang tersayang. Abadikan memori ini untuk selama-lamanya!

Jangan lupa datang ke booth kami untuk membuat tempahan DVD Konvo anda. Jumpa kami pada 23 APRIL 2015! 

TAHNIAH KEPADA SEMUA GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN USM KE-51!

NOTA: Kesemua DVD Konvo anda akan dipos kepada anda. Harga satu unit DVD: RM20.00 (penghantaran percuma untuk Malaysia, manakalah RM5.00 untuk penghantaran ke luar negara)

Monday, April 6, 2015

Jamuan Harijadi Januari, Februari dan Mac 2015

20 MAC 2015,  PTPM - Kelab Kebajikan dan Sosial telah memulakan aktiviti yang pertama bagi tahun 2015 dengan mengadakan Majlis Himpunan Bulanan berserta Sambutan Hari Lahir untuk ahli KKDS yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac. Majlis ini diadakan  di Bilik Sirih Pinang, Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia. Seramai 13 ahli yang menyambut hari lahir pada ketiga-tiga bulan tersebut.

JANUARI
1. Tn Hj. Samsuri
2. Pn Norazrina
3. Prof Madya Dr. Wan Ahmad Jaafa
4. En. Jamal Sulong
5. En. Noridzwan

FEBRUARI
1. Roshimi
2. Muhammad Nasir

MAC
1. En. Abdul Hamid
2. Pn. Zaiton
3. En. Adi Harizam
4. En. Abdul Jalil
5. Pn. Roshimah
6. En. Mohammad Faiz


Antara ahli yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac

Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari Presiden Kelab Kebajikan dan Sosial PTPM Sesi 2015/2016 iaitu Dr. Phung Li Funn diikuti dengan ucapan ringkas oleh Pengarah PTPM yang juga selaku Penasihat KKDS iaitu Prof. Dr. Merza Abbas

Dr. Phung Li Funn


 Prof. Dr. Merza Abbas



Majlis ini diakhiri dengan bacaan doa oleh Tn. Hj. Samsuri dan jamuan maka. AJK KKDS ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli yang hadir dan turut membantu dari segi persediaan jamuan makan.






Setiausaha KKDS
6 April 2015

Foto oleh: Syed Azreezal (his photo/art work can be viewed at USM Tagged Pictures)