Pages

Friday, May 6, 2011

Program Kesihatan PTPM

Salam semua..

KKDS akan megadakan program kesihatan kepada semua ahli KKDS pada 10 Mei 2011 di PTPM. Program ini turut diusaha sama bersama dengan Pusat Sejahtera USM. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh la tengok pada gambar di bawah ni


Sila klik pada gambar untuk lihat gambar sepenuhnya...

Jadi, kepada semua ahli terutamanya kepada mereka yang akan mengambil ujian darah, sila la yer berpuasa malam tu. Ala, puasa kejap jer. Lepas ambil ujian darah, boleh la pergi makan. Jangan risau, makanan akan disediakan.

Dan lepas makan, sesi taklimat mengenai kesihatan akan dibuat di Bilik Seminar PTPM. Taklimat akan diberi oleh Pengarah Pusat Sejahtera iaitu Dr. Nurulain Abdullah Bayanuddin.

Jangan lupa ye. Kesihatan amat penting. Lepas kita buat medical-check up, kita bersukan pula yer.. Heee ^__^

Wednesday, April 27, 2011

Pemeriksaan Kesihatan Staf PTPM


-Sekadar gambar hiasan dan bukan tangan salah seorang staf PTPM-

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sihat? Dah makan? Hehe. Baiklah, di sini KKDS ingin memaklumkan bahawa satu aktiviti pemeriksaan Kesihatan akan dibuat khusus untuk staf PTPM bersama kerjasama dengan Pusat Sejahtera USM. Berikut info mengenai aktiviti tersebut:

Tarikh: 10 Mei 2011
Tempat: PTPM
Masa: 8.30 pagi

Walaubagaimanapun, ianya masih di peringkat perancangan. Sebarang perubahan tarikh dan masa akan dimaklumkan kelak. ^___^

Lastly, utamakan kesihatan anda!~ Have a nice day people!!!

*Gambar dicilok di Suara Hati blogspot

Friday, April 8, 2011

DVD Konvo



Dengan rasa sukacitanya, KKDS ingin memaklumkan bahawa DVD Konvokesyen USM ke-43 telah siap untuk diambil. Oleh yang demikian, bermula 11 April 2011, DVD Konvo boleh diambil di Pejabat PTPM di antara pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang waktu pejabat.



Tau kan di mana PTPM? Here's the hint; PTPM terletak berdekatan dengan Bank CIMB dan Bank Muamalat. Bertentangan dengan Anjung Budi dan Alumni USM. Kalau tak tau jugak, telefon saja kami.

Sila bawa resit anda apabila datang untuk mengambil DVD. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 04-653 3888 samb. 3224/3825/3226

Untuk mereka yg menggunakan perkhidmatan pos, DVD anda akan dipos tak lama lagi. Anda akan menerima dalam masa terdekat. Tunggu!!~


Tuesday, March 15, 2011

Jual! Jual! Ting! Ting! Ting!


DTSP USM

Salam semua..

PTPM sekarang tengah sibuk dalam persiapan dua event besar USM iaitu Anugerah Malam Sanggar Sanjung & Majlis Konvokesyen ke-43.

KKDS pun apa kurangnya...

Busy juga tau. Jangan main-main. Heheh

"Ehem..ehem.." *testing tekak

"Jual! Jual! Ting! Ting! Ting!"

Pada minggu lepas, yakni dari Jumaat hingga Ahad (11 Mac 2011-13 Mac 2011), KKDS telah menjalankan operasi jualan DVD Konvo di Foyer DTSP yang diketuai oleh En Noridzwan Baser.

Sesi penjualan DVD berjalan lancar. Terima kasih di atas mereka yang telah memberi kerjasama untuk sesi jualan tersebut. Kalo nak sebut nama-nama mereka kat sini, panjang juga senarai nama yang terlibat dalam sesi penjualan DVD. Once again, thank you very much. Next konvo kita jual lagi naa....



Dan pada masa yang sama, tahniah kepada graduan yang akan meraikan majlis konvokesyen pada Sabtu ini nanti. Good luck for your future undertaking.

DVD Konvo dah jual..apa lagi aktiviti KKDS seterusnya? Tunggu... Jeng! Jeng! Jeng!

Wednesday, February 23, 2011

KKDS blog berwajah baru!

Salam semua...

Sempena dengan tahun baru (walaupun dah masuk bulan ke 2), maka blog KKDS pun bertukar wajah dengan corak layer dan design yang baru. Hehehe...

Dan ini merupakan entri yang pertama oleh AJK KKDS 2011/2012. Terima kasih kepada AJK sebelum ini kerana menghidupkan blog KKDS untuk tatapan awam mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh kelab. Tidak lupa juga jasa dan kerjasama mereka dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut. Your efforts are truly appreciated. Terima kasih. Thank you. Xie xie. Nandre.

Kepada pembaca sekalian,
Terima kasih la ye datang melawat blog KKDS. Rajin-rajin la datang. Jika ada sebarang pendapat atau komen, jangan segan-segan, jangan malu-malu nak memberi pendapat. Kami alu-alukan kerana setiap komen dan pendapat anda pun adalah demi kebaikan kelab dan juga ahli-ahli kelab.


nota kaki: Kepada ahli KKDS yang juga mempunyai blog sendiri, sudikan la jadi follower untuk blog KKDS. Letakkan juga link blog KKDS di blog anda ye. Hee hee.. Terima kasih

^___^

Wednesday, February 2, 2011

Mesyuarat Agong Ke 7 Kelab Kebajikan Dan Sosial (KKDS) PTPM

Dengan Segala hormatnya dimaklumkan bahawa KKDS akan mengadakan Mesyuarat Agung Ke 7 yang akan diadakan pada:-

Tarikh : 11 Februari 2011
Hari : Jumaat
Jam : 9.00 Pagi
Tempat :Bilik Seminar, PTPM


Agenda Mesyuarat
1. Ucapan Aluan Pengerusi KKDS 2009/2010
2. Ucapan Perasmian Penasihat
3. Perlantikan Sementara Pengerusi Dan Setiausaha KKDS
4. Laporan Setiausaha 2009/2010
5. Laporan Bendahari 2009/2010
6. Pembubaran AJK KKDS 2011/2012
7. Perlantikan AJK KKDS 2011/2012
8. Ucapan Pengerusi KKDS 2011/2012
9. Perbincangan Usul
10. Pemberian Cenderahati
11. Ucapan Penangguhan Mesyuarat Agung KKDS 2011/2012
12. Jamuan Makan Tengahari
13. Majlis Bersurai


Diharap semua ahli dapat menghadirkan diri pada mesyuarat tersebut dan menyerahkan surat kehadiran pada setiusaha KKDS.

Terima Kasih
Ahli Ajk KKDS Yang baru adalah:-
Pengerusi: Dr Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya
Naib Pengerusi: Dr Irfan Naufal Umar
Setiausaha: Cik Ayda Fatahiyah Abd Malek
Pen. Setiausaha: Pn Norita Mohamed
Bendahari:Pn Baidah Kassim
Pen. Bendahari: Pn Norzila Ishak
Juruaudit: 1. Ahmad Zulman Mohd Zain
2. Pn zaiton Abdul Halim
Ahli Jawatankuasa: Pn Norazrina Mohamad
En Amin Karim
En Adly Hussaini
En Ahmad Mohammad Foaed
En Noridzwan Baser