Pages

Tuesday, March 15, 2011

Jual! Jual! Ting! Ting! Ting!


DTSP USM

Salam semua..

PTPM sekarang tengah sibuk dalam persiapan dua event besar USM iaitu Anugerah Malam Sanggar Sanjung & Majlis Konvokesyen ke-43.

KKDS pun apa kurangnya...

Busy juga tau. Jangan main-main. Heheh

"Ehem..ehem.." *testing tekak

"Jual! Jual! Ting! Ting! Ting!"

Pada minggu lepas, yakni dari Jumaat hingga Ahad (11 Mac 2011-13 Mac 2011), KKDS telah menjalankan operasi jualan DVD Konvo di Foyer DTSP yang diketuai oleh En Noridzwan Baser.

Sesi penjualan DVD berjalan lancar. Terima kasih di atas mereka yang telah memberi kerjasama untuk sesi jualan tersebut. Kalo nak sebut nama-nama mereka kat sini, panjang juga senarai nama yang terlibat dalam sesi penjualan DVD. Once again, thank you very much. Next konvo kita jual lagi naa....



Dan pada masa yang sama, tahniah kepada graduan yang akan meraikan majlis konvokesyen pada Sabtu ini nanti. Good luck for your future undertaking.

DVD Konvo dah jual..apa lagi aktiviti KKDS seterusnya? Tunggu... Jeng! Jeng! Jeng!