Pages

Thursday, February 19, 2009

Love Begins With Me

Salam/Selamat Sejahtera,
Bagi mengeratkan kasih sayang diantara para pekerja satu ceramah motivasi akan diadakan sekaligus melancarkan blog KKDS yang akan dirasmikan oleh Penasihat KKDS . Berikut merupakan maklumat berkaitan ceramah tersebut:

Tarikh: 3 April 2009
Tempat: Bilik Seminar PTPM
Waktu: 9:00 a.m - 11:30 a.m
Penceramah: Dr. Balakrishan Muniandy

Diharap semua ahli menghadirkan diri untuk turut serta dalam ceramah ini.
Terima Kasih

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh para peserta dan juga penceramah kita pada hari itu. Buat pengetahuan majlis berkenaan bukan sahaja untuk ceramah dan majlis perasmian blog kkds tetapi juga adalah untuk majlis jamuan perpisahan pada kakitangan ptpm yang telah lama berkhidmat di sini iaitu En Adly dan Puan Rohana.

Pada mulanya pihak kkds ingin majlis berkenaan nampak seperti 'surprise' kepada mereka berdua tetapi taktik itu nampaknya tak berjaya..hehhe..apa-apa pun pihak kkds dan seluruh kakitangan ptpm mengucapkan salam perpisahan pada mereka berdua. Terimalah serangkap pantun dari kami.

Salam Kasih Dijunjung,
Salam Hormat, Disanjung,
Salam Sayang, Dihimpun,
Salam Perpisahan, Dimohon


Yang Diraikan:-


Puan Rohana Mas'od




En Ridzalwan Selaku Mc


Yb Hj Shamsuri Sebagai Pembaca Doa


Dr. Balakrishnan Muniandy Sebagai Penyampai Ceramah Love Begin With Me


Pelancaran Blog KKDS PTPM oleh Prof. Madya Dr Rozinah Jamaludin

Kata-kata hikmat yang dipetik dari ceramah Dr Balakrishnan:-
  • Sayangilah seseorang tanpa mengharapkan balasan
  • Cinta ada permulaan dan pengakhiran tetapi sayang adalah sebaliknya
  • Sayang merupakan kuasa yang paling hebat di dunia
  • Kita tidak boleh mengubah dunia..tetapi dengan mengubah diri sendiri dunia akan turut berubah

Thursday, February 12, 2009

Aktiviti Bagi Bulan Februari

Bagi menyahut konsep Kampus Sejahtera Universiti Sains Malaysia yang menekankan gaya hidup sihat, kelab KKDS akan mengadakan aktiviti Pelatis bersama En George pada 20 februari 2009 bertempat di Perpustakaan Media PTPM. Semua ahli yang berminat diingatkan untuk membawa bersama tikar/ tuala panjang serta berpakaian sukan. Jadi dengan itu marilah kita bersama sama memeriahkan aktiviti ini. Kebaikan dikongsi bersama!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pilates sila ke klik di bawah:-




**Air Mineral Dan Bubur nasi disediakan pada ahli yang yang menghadiri aktiviti, Harap Maklum..